Followers

Tuesday 29 April 2014

#rabbit - di mana ada kemahuan di situ ada jalannya - usaha tangga kejayaan

  saya sangat menghargai dan berterima kasih atas kunjungan rakan² baru atau lama ke rumah mahupun ke blog..kerana kunjungan kamulah yang membuat saya terus kekal di sini..baru² ini ada kunjungan rakan arnab baru ke rumah,beliau dari kajang..bermula dari kunjungan di blog ini,kemudian dalam talian dan seterusnya hadir di depan zura..zura seronok bila,dia kata ingin memulakan penternakan arnab.
bila dapat kawan baru sama hobi mahu tak seronok.. sembang berejam,tak ingat...hehehehe
beliau sudah sedia maklum tentang baka² arnab yang pure mahupun mix..ini menandakan beliau memang rajin research..paling zura terkejut bila beliau mengeluarkan sesuatu dari kereta.. jeng jeng jeng...ini adalah pertama kali zura melihatnya...sebuah buku...kih3.. ehhhh silap,berbuah buah buku...yang beliau sendiri printscreen dari ke semua blog² arnab yang ada.huhhh rajin sungguh dan bersemangat... cayalahhhh.. katanya untuk kegunaan beliau sendiri..bila duduk² tengok tv tu boleh belek².baca sambil kongsi dengan anak².

paling tebal copy dari blog tn hj ismail, taman arnab bukit badong.hehehe
kau hado??? kalau zura memang takda...
berusahalah selagi mampu...

terima kasih atas sokongan...MAJULAH ARNAB.. hihihi peace no war..bye..assalamualaikum wbt

No comments:

Post a Comment